Doa Untuk Sahabatku.
panjangkanlah umur sahabatku
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman.
Tetapkanlah hatinya,perluaskanlahrezekinya,
dekatknlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,
dunia dan akhirat.
Ya Muhaimin
jika dia jatuh hati
izinkanlah dia menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu
Jagalah hatinya agar tidak berpaling
daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.
jika dia rindu,rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu
Ya Allah
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas
sehingga melupakan daku pada
cinta hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu
Ya Allah…
kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak..
AMIN
Uncategorized | Comment (0)Lelaki Idaman Sy
بسم الله الرحمن الرحيم
Lelaki idaman sy adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang
yang berjuang di jalan Allah
Lelaki idaman sy adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak
mempunyai musuh yang bersifat jembalang
Lelaki idaman sy adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat
Lelaki idaman sy sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya
Lelaki idaman sy tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kercergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh
kematangan
Lelaki idaman sy sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya
Adakah dia utkku?
ameen~
Uncategorized | Comments (2)sUrAt ciNtA yg bEsH~
Assalamualaikum w.b.t..semoga anda semua sihat di samping keluarga tcinta..alhamdulillah, kesyukuran berpanjangan dipanjatkan utk Pemilik segala isi langit dan bumi.."ya Allah, Tuhan sekalian alam..hanya kepadaMu kami menyembah dan hanya kepadaMu kami memohon pertolongan.."
sahabat-sahabat yg dikasihi..
Ape kate kali ni kite bincang2 sikit fasal surat cinte??huhu..mcm jiwang jer entry kali ni..hehehe..neway, xpe, yg penting bahagia..eh, ape ek perasaan anda apabila menerima surat cinta dr org yg teristimewa??(email,sms pun surat kan; surat elektronik)
"uih, best siot!!"
"bahagia duh hati aku.."
"mesti la masyuk giler!!"
"bukan senang oo nak dapat..hidup aku makin ceria!!hehe.."
huhuhu..mungkin itu diantara jawapan2 yg mungkin kite akan dengar apabila soalan di atas diajukan kepada sesiapa yg pernah menerima atau mengalaminya..
agaknya, dimana anda menyimpan surat cinta itu??
"wah, aku simpan dalam fail khas..siap hias2 dgn bunge lagi.."
"aku simpan dalam laci stadi aku..nak tiupkan semangat time stadi!!"
"aku simpan je dalam inbox email aku..xkan nye aku delete.."
huh..jawapannya pasti special..maklumlah, org special yg kasi..
"weih, kalau aku bace kan, surely hati aku tersentuh..uh, unexplainable…hanye org yg pernah mengalaminya boleh explain..serious doh!!"
huhu..kalau ikutkan pengalaman sendiri pun, hati ini mudah tersentuh apabila mmbaca surat cinta manusia..kadangkala ia menghayalkan dan kadangkala ia mmberikan semangat..tetapi, apa yg pasti, perasaan itu bukannya lahir dari mata hati tetapi ia lahir dari mata NAFSU!! nauzubillahiminzalik!! cukuplah kesilapan lalu..
ok, soalan seterusnya..kerap tak anda membaca surat cinta yg anda terima itu??
"kerap dong!!"
"kalau teringat akan dia, pasti suratnya aku baca.."
wah wah wah..bukan main lagi..hehehe..
baik…sahabat-sahabat yg disayangi…
jika anda memiliki sebuah kereta bmw, siapakah yg paling menyayangi atau menyintai kereta itu??ayah anda?ibu anda?adik anda?atau diri anda sendiri selaku pemiliknya?ermmm..rasenye org yg normal pasti akan mengatakan bahawa si pemilik-lah yg paling mencintai sesuatu yg dimilikinya…jadi, siapakah yg paling mencintai anda selaku seorang manusia di atas muka bumi?? pastilah pemilik manusia iaitu Allah s.w.t…kan?? adakah anda sedar bahawa Allah s.w.t. menurunkan Al-Quran utk manusia sebagai surat cintaNya kepada kita??
yg mana satu lebih agung,lebih hebat??surat cinta dr cewek,pacar,awek,balak atau surat cinta dr Maha Agung?????
sahabat-sahabatku...sayangnya Allah kepada kite selaku hambaNye..Allah berikan kita surat cintaNye sebagai petunjuk..sumber kebahagiaan..panduan..ke arah kejayaan dunia dan akhirat..ke arah menggapai dan menikmati syurgaNya yg tak terhingga hebatnya, yg tak terbayang di mate dan kepale…namun, selama ini, kebanyakan drpd kita lebih mengutamakan surat cinta dr manusia dan sering mengabaikan surat cinta dr Allah..benar kan??
seringkali kita merasa berat hati utk manatapnya..inikan pula mmbaca dan menghayatinya..lihat di rumah2 kita, banyak Al-Quran yg berhabuk, terbiar kerana sudah lama tidak disentuh..mungkin ada yg mengatakan bahawa terlalu banyak Al-Quran di rumah, tetapi mengapa anda tidak mmbersihkannya drpd habuk??mengapa???bukankah ia boleh di wakafkan kpd org2 miskin atau masjid2??
sahabatku,
sudah berapa lama kita mengabaikan surat cinta Allah?? sudah berapa lama kita tidak mmbacanya dgn sepenuh hati??bayangkan, jika nyawa kita ditarik ketika selama ini kita mengabaikan surat cinta Allah dan mengutamakan surat cinta manusia, ketika kita lebih suka mmbaca komik,majalah hiburan berbanding surat cinta Allah??Apa salah Allah kepadamu??Allah menurunkan Al-Quran supaya kamu hidup bahagia tetapi mengapa kamu mengabaikannya??
jika anda mengatakan bahawa jiwa anda tersentuh apabila mmbaca surat cinta dari org tersayang, sudah berapa lama jiwa anda tidak bergetar tatkala mendengar nama Allah dan ayat-ayatNya???sudah berapa lama???Allahuakbar!!!lemahnya iman kita..
"sesungguhnya org2 yg beriman itu adalah mereka apabila disebut nama Allah bergetarlah hati mereka dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan-lah mereka bertawakkal."
~surah al-Anfal,2~
sahabat-sahabatku semua..
marilah kita bersama2 meminta ampun drpd Allah kerana kita sering mengabaikan surat cintaNya..kerana kita kerapkali lalai.."ya Allah, ampunilah dosa2 kami..kerana kami lebih mengutamakan surat cinta manusia daripada surat cintaMu..ya Allah, ya Fattah, bukakanlah pintu hati kami..berikanlah cahayaMu..terangilah jiwa kami dgn nur-Mu..begitu byk jalan ke arah syurgaMu yang Kamu tuliskan di dalam surat cintaMu tetapi kami sering melupainya dan menganggapnya tidak penting bagi kehidupan kami..ya Fattah, bukakanlah mata hati kami!!ya Tuhan yg Maha Pengampun, ampunilah dosa2 kami..!!"
sahabatku,
marilah kita bersama2 mmperbaiki diri..dari semasa ke semasa..sedikit demi sedikit..jgn biarkan kesalahan lalu diulangi oleh generasi kite akan datang.."ke arah melahirkan generasi Al-Quran yg mencintai dan dicintai Allah",amin…Allahua’lam..moga Allah sentiasa mmberkati kita semua..
Cintailah cinta…
-Bersabarlah duhai para pemudi, sesungguhnya anda adlh spt tombol pintu, adlh mnjadi hak anda utk mbuka pintu itu kpd ssiapa saje..tahanlah pintu itu dr mereka yg bkn mnjadi hakmu..Jagalah pintu itu, sehinggalah yg hak itu dpt mnjadi milikmu scre halal..-
Buat sahabat2 tsayang…
Cinta..
ramai antara kite tperangkap n tjerat ngn perasaan sendiri… ye, memang susa nak mbuang cinta.. sbb tu ada org kata, jgn sengaja nak cuba2 je, sbb bile dah bcinta, apatah lagi cinta yang melanggar syara’, sgt susah nk kikis benda tu xcept utk org2 yg Allah berikan kekuatan..sbb syaitan akn cuba sedaya upaya utk mengindahkan percintaan itu dan cuba untuk menyucuk hati kita agr menyetujui perbuatan yang kite buat itu..
Sbb tu Allah ada ckp kat kite dalam surah ke 2 ayat 165(bukak Quran dan baca lagi best sket) : : Dan di antara manusia ada org2 yang menyembah tandingan2 selain Allah: mereka menyintainya sebagaimana mereka menyintai Allah. Adapun orang2 beriman sangat cintakan Allah…
Hati manusia ini, kalau tak cinta pd Allah, dia akan cinta pd selain Allah..n kdg2 kite x perasan dan leka yg cinta kita pd bnda selain Allah itu, melebihi cinta kita pd ALlah..–>menyembah tandingan2 selain Allah sbb menyintai tandingan2 itu mcm kita menyintai Allah…
Bayangkan kalau Allah tanya kite di akhirat, adakah kite menyembah Dia atau selainNya? Jika syarat menyembah itu adlh dgn menyintai…bayangkan kite mengikut hawa nafsu kite lebih bbanding dgn perintah Allah..astaghfirullah
Sbb kalau orang yg cintakan Allah, dia takkan buat maksiat.dia takut bila dia ajak kaum lain jantina keluar untuk buat apa2 je,Allah akn murka dia, Allah tidak mberi hidayah kepadanya, dan dia tidak tergolong dikalangan orang2 beriman.. lucutlah pahala2 yang Allah berikan kpd dia..selama dia buat baik…
Dan dia sangat faham ayat hijab yang Allah turunkan pada dia 33:53..dan dia sangat akur yang dia perlu menundukkan padangan setiap kali berada di hadapan sesiapa saja :An-Nur 30-31 kerana dari pandangan matalah, akan berlakunya pelbagai bentuk zina yang lain…
Kite tak perlu cemburu jika ada kawan kite yang larut dengan percintaan…mereka sebenarnya terperangkap dalam penjara cinta..mereka dibelunggu peraasaan yang tak mampu mereka keluar dari itu..kite perlu ambil usaha untuk membantu mereka, bawa mereka utk kenal Allah..kenal cinta Allah..kerana cinta manusia itu sering mengundah gelanakan hati dan kebahagiaannya cuma sementara. jika kahwin adalah matlamat utama, itu tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan hakiki kerana bagi seorang mukmin itu, kebahagian yang paling membahagiakan adalah apabila dia mendapat redha TuhanNya..dan itulah mengatasi
segala2nya..( Al-Anfal:2)
SAYANG…
jiwa pemuda yang sepatutnya berkibar bak singa di padang pasir menjadi kuncup kerana terjerat dengan pencintaan..
SAYANG…
jiwa pemudi yang sepatutnya disirami dengan kesopanan dan kesolehan di dada menjadi kotor dek cinta yang ternoda..
Sepatutnya kite mengimpikan perkahwinan yang barakah…perkahwinan yang barakah itu hanya boleh didapati apabila detik2 awal pertemuan turut diberkati, menurut syarak, bebas dari nafsu syahwat…
Bayangkan… jika langkah kite yang silap dari sekarang..
> akan mengeffect anak2 kita…
> cucu cicit kite…
> dan keturunan2 kita….
Wal iyazubillah….
Bukan takde cara nak approach teman hidup.. jika dah bersedia utk berumah tangga boleh sahaja melalui orang tengah yang lebih mengenali insan tersebut…
TAKUT TERLEPAS JODOH…? bukankah Allah telah menyakinkan kita…
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.(An-Nur:26)"
Bukankah Allah itu ada utk kite letakkan segala puncak harapan… ?
Mmg susah nak mengawal hawa nafsu..Tambah2 lagi di zaman muda seperti kite, hidup di negara omputih,maksiat berlaku di depan mata merata2…kehendak hati sentiasa bergelojak… kerana itu Rasulullah sarankan utk mereka yang mampu untuk berkahwin, jika tak mampu…bpuasalah…kerana bpuasa itu dpt menurunkan kehendak hawa nafsu…
Ikat hati kite dgn Allah, kerana mereka yg bsama Allah takkan pernah rasa kesepian dan keseorangan…dan sebaik2 bekal adalah taqwa… ( Al-Araf :201) sebab syaitan akan goda dan masuk hati kite di tempat yang paling kite lemah sekali….
Marilah sama2 kite mjaga hati kite…
Bsbarlah wahai para pemuda sekalian, tahanlah pandangan mata anda…
Bersabarlah duhai para pemudi, sesungguhnya anda adalah seperti tombol pintu, adalah menjadi hak anda untuk membuka pintu itu kepada sesiapa sahaja… tahanlah pintu itu dari mereka yang bukan menjadi hakmu.. Jagalah pintu itu, sehinggalah yang hak itu dapat menjadi milikmu secara halal….
tu je qalam utk hari ni….sekadar meluahkan rensa hati yang galau melihat sahabat2 yang dicintai bergelumang di dalam kancah yang serupa..Apatah lagi apabila cinta itu dijelmakan dalam bentuk perbuatan, dating, etc etc…
Sahabat2 sekalian, nasihatkan aku juga dikala aku terlupa ( Al-asr 1-3) jika kau menyintai nasihat, maka nasihatkanlah aku stp masa…